Pesanan untuk Ali tentang jimak dan cara berjimak

TEKS BAHASA ARAB

الوصية لعلي في الجماع وكيف يجامع. فانظر إلى هذا الدجال، ما أجرأه!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pesanan untuk Ali tentang jimak dan cara berjimak. Maka lihatlah kepada dajjal ini, sangat berani dia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 251, hadis nombor 452. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وروى عن ابن جريج، عن عطاء، عن أبي سعيد: الوصية لعلي في الجماع وكيف يجامع. فانظر إلى هذا الدجال، ما أجرأه!

Dan dia meriwayatkan daripada Ibn Jurayj, daripada ‘Ata’, daripada Abu Sa’id: pesanan untuk Ali tentang jimak dan cara berjimak. Maka lihatlah kepada dajjal ini, sangat berani dia.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs