Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Pesanan Rasulullah SAW kepada Ali RA

Teks Bahasa Arab

يا عليُّ ! لا تَكُن فتَّانًا، ولا جابيًا ولا تاجرًا إلَّا تاجرَ خَيرٍ فإنَّ أولئِكَ المَسبوقونَ في العملِ.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Ali! Janganlah engkau menjadi seorang pembawa bencana, dan jangan menjadi pemeras cukai, peniaga (yang jahat), kecuali peniaga perkara yang baik, sesungguhnya mereka ini adalah orang yang didahului oleh orang lain dalam melakukan amalan.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 853 - 854, hadis no. 4370. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي -رضي الله عنه- قال: أمرني رسول الله صلى الله عليه وسلم أن لا أدع قبرا شاخصا بالمدينة إلا سويته، ولا تمثالا إلا لطخته، ففعلت، ثم أتيته، فقال: ((فعلت؟)) قلت: نعم. قال: ((يا علي! لا تكن فتانا، ولا جابيا، ولا تاجرا؛ إلا تاجر خير؛ فإن أولئك المسبوقون في العمل)). [الطحاوي في ((المشكل))، الطبري في ((تهذيب الآثار))، ابن شاذان في ((لجزء الثاني من أجزائه))، الضياء، ((الضعيفة)) (6065)].

(Lemah) Daripada Ali RA berkata: Rasulullah SAW menyuruhku supaya tidak meninggalkan kubur di Madinah kecuali aku meratakannya, dan tidak juga (dibiarkan) berhala kecuali aku hancurkannya, lalu aku lakukan dan kembali mendatangi baginda dan baginda bertanya: “Engkau telah melakukannya?” Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: “Wahai Ali! Janganlah engkau menjadi seorang pembawa bencana, dan jangan menjadi pemeras cukai, peniaga (yang jahat), kecuali peniaga perkara yang baik, sesungguhnya mereka ini adalah orang yang didahului oleh orang lain dalam melakukan amalan.” [Riwayat al-Tahawi dalam al-Musykil, al-Tabari dalam Tahzib al-Athar, Ibn Syazan dalam al-Juz’ al-Thani min Ajza'ihi dan al-Dhiya’ al-Maqdisi dalam al-Mukhtarah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6065].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.