Pesanan Allah SWT kepada syurga

TEKS BAHASA ARAB

يقول الله عز وجل كل يوم للجنة: طيبي لأهلك؛ فتزداد طيباً. فذلك البرد الذي يجده الناس بسحر من ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap hari Allah SWT telah berkata kepada syurga: Berlaku baiklah kamu kepada penghunimu, nescaya kamu akan bertambah kebaikan. Itulah kesejukan yang didapati oleh manusia pada waktu awal pagi daripadanya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 706, hadis nombor 3610. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن جابر رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: يقول الله عز وجل كل يوم للجنة: طيبي لأهلك؛ فتزداد طيباً. فذلك البرد الذي يجده الناس بسحر من ذلك.
[طص، أبو نعيم في ((صفة الجنة))، ((الضعيفة)) (6757)].

(Sangat Lemah)
Daripada Jabir RA berkata: Baginda SAW bersabda: Setiap hari Allah SWT telah berkata kepada syurga: Berlaku baiklah kamu kepada penghunimu, nescaya kamu akan bertambah kebaikan. Itulah kesejukan yang didapati oleh manusia pada waktu awal pagi daripadanya.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Saghir, Abu Nu’aim dalam Sifat al-Jannah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6757].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs