Pesan Rasulullah SAW kepada Abu Hurairah RA

TEKS BAHASA ARAB

أوصيك يا أبا هريرة! خصال أربع لا تدعهن ما بقيت، أوصيك بالغسل يوم الجمعة، والبكور إليها، ولا تلغو أو لا تلهو، وأوصيك بصيام ثلاثة أيام من كل شهر، فإنه صوم الدهر، وأوصيك بركعتي الفجر، لا تدعهما وإن صليت الليل كله، فإن فيهما الرغائب، قالها ثلاثا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku berpesan kepadamu wahai Abu Hurairah, empat perkara yang sebaiknya jangan kamu tinggalkan selama mana kamu masih hidup: Aku berpesan kepadamu agar mandi Jumaat, dan bersegera ke masjid untuk solat Jumaat, dan jangan lalai dan leka pada waktu tersebut, dan aku berpesan kepadamu agar berpuasa 3 hari pada setiap bulan, kerana sesungguhnya ganjarannya seakan berpuasa setahun. Dan aku berpesan kepadamu agar melaksanakan solat sunat fajar (sebelum subuh), jangan engkau tinggalkannya meskipun engkau sudah bersolat sepanjang malam, sesungguhnya padanya banyak kebaikan yang diingini.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1134, hadis nombor 5720. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: جاء أبو هريرة يسلم على النبي ﷺ ويعوده في شكواه، فأذن له، فدخل عليه فسلم وهو نائم، فوجد النبي ﷺ مستندا إلى صدر علي بن أبي طالب، وقال: قال علي بيده على صدره ضامه إليه والنبي ﷺ باسط رجليه، فقال النبي ﷺ: «ادن يا أبا هريرة!» فدنا، ثم قال: «ادن يا أبا هريرة!» فدنا، ثم قال:«ادن يا أبا هريرة!» فدنا حتى مست أصابع أبي هريرة أطراف أصابع النبي ﷺ، ثم قال له: «اجلس يا أبا هريرة!» فجلس، فقال: أدن طرف ثوبك، فمد أبو هريرة ثوبه وأمسكه بيده يفتحه وأدناه من وجهه، فقال رسول الله ﷺ: «أوصيك يا أبا هريرة! خصال أربع لا تدعهن ما بقيت، أوصيك بالغسل يوم الجمعة، والبكور إليها، ولا تلغو أو لا تلهو، وأوصيك بصيام ثلاثة أيام من كل شهر، فإنه صوم الدهر، وأوصيك بركعتي الفجر، لا تدعهما وإن صليت الليل كله، فإن فيهما الرغائب»، قالها ثلاثا. وفي آخره: «ضم إليك ثوبك»، فضم ثوبه إلى صدره فقال: يا رسول الله بأبي أنت وأمي أسر هذا أم أعلنه؟ قال: «بل أعلنه يا أبا هريرة!» قال ثلاثا.
[عد، «الضعيفة» (1534)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah beliau berkata: Abu Hurairah datang hendak memberi salam kepada Nabi SAW dan menziarahi baginda yang sedang sakit, dan diizinkan baginya untuk berbuat demikian. Maka ketika beliau masuk dan memberi salam, beliau mendapati baginda sedang tidur dalam keadaan bersandar ke dada Ali Bin Abi Talib. Abu Hurairah berkata: Ali RA berkata dalam keadaan tangannya diatas dadanya dan ditekapkan dan Nabi SAW ketika itu sedang duduk dalam keadaan membuka kaki baginda, lalu baginda SAW bersabda: Kemari wahai Abu Hurairah! Lalu Abu Hurairah pun mendekat, nabi berkata lagi: Mendekat lagi wahai Abu Hurairah!, dan beliau mendekati lagi, lalu nabi berkata lagi: Mendekat lagi wahai Abu Hurairah!, lalu beliau mendekat sehingga jari-jemari Abu Hurairah menyentuh hujung jari jemari Nabi SAW. Kemudian baginda berkata kepadanya: Duduklah wahai Abu Hurairah. dan beliau pun duduk. Baginda lalu bersabda: Hulur ke sini hujung pakaianmu. Abu Hurairah lantas menghulur bajunya dan baginda memegangnya dengan tangannya dan dibuka baju tersebut dan didekatkan ke wajahnya, lalu Rasulullah SAW bersabda: Aku berpesan kepadamu wahai Abu Hurairah, empat perkara yang sebaiknya jangan kamu tinggalkan selama mana kamu masih hidup: Aku berpesan kepadamu agar mandi Jumaat, dan bersegera ke masjid untuk solat Jumaat, dan jangan lalai dan leka pada waktu tersebut, dan aku berpesan kepadamu agar berpuasa 3 hari pada setiap bulan, kerana sesungguhnya ganjarannya seakan berpuasa setahun. Dan aku berpesan kepadamu agar melaksanakan solat sunat fajar (sebelum subuh), jangan engkau tinggalkannya meskipun engkau sudah bersolat sepanjang malam, sesungguhnya padanya banyak kebaikan yang diingini. Baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali. Dan di akhir kata Baginda bersabda: "Engkau peluklah bajumu ini," lalu Abu Hurairah pun memeluk baju itu ke dadanya, kemudian beliau bertanya: "Wahai Rasulullah apa saja untukmu walau ayahku dan ibuku menjadi galang gantimu, adakah aku perlu merahsiakannya atau perlu menghebahkannya?." Baginda menjawab: "Bahkan engkau perlu menghebahkannya wahai Abu Hurairah! Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1534].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.