Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أُوصِيكَ يا أبا هريرةَ! خِصالٌ أَرْبَعٌ لا تَدَعْهُن ما بَقِيتَ، أُوصِيكَ بالغُسْلِ يومَ الجُمُعةِ، والبُكُورِ إليها، ولا تَلْغُو أو لا تَلْهُو، وأُوصِيكَ بصِيامِ ثلاثةِ أيامٍ من كلِّ شهرٍ، فإنه صومُ الدَّهْرِ، وأُوصِيكَ برَكْعَتَيِ الفجرِ، لا تَدَعْهُما وإن صَلَّيْتَ الليلَ كلَّه، فإن فيهما الرَّغائبَ، قالها ثلاثًا.
Teks Bahasa Melayu
Aku berpesan kepadamu wahai Abu Hurairah, empat perkara yang sebaiknya jangan kamu tinggalkan selama mana kamu masih hidup: Aku berpesan kepadamu agar mandi Jumaat, dan bersegera ke masjid untuk solat Jumaat, dan jangan lalai dan leka pada waktu tersebut, dan aku berpesan kepadamu agar berpuasa 3 hari pada setiap bulan, kerana sesungguhnya ganjarannya seakan berpuasa setahun. Dan aku berpesan kepadamu agar melaksanakan solat sunat fajar (sebelum subuh), jangan engkau tinggalkannya meskipun engkau sudah bersolat sepanjang malam, sesungguhnya padanya banyak kebaikan yang diingini.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1134, hadis no. 5720. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah beliau berkata: Abu Hurairah datang hendak memberi salam kepada Nabi SAW dan menziarahi baginda yang sedang sakit, dan diizinkan baginya untuk berbuat demikian. Maka ketika beliau masuk dan memberi salam, beliau mendapati baginda sedang tidur dalam keadaan bersandar ke dada Ali Bin Abi Talib. Abu Hurairah berkata: Ali RA berkata dalam keadaan tangannya diatas dadanya dan ditekapkan dan Nabi SAW ketika itu sedang duduk dalam keadaan membuka kaki baginda, lalu baginda SAW bersabda: Kemari wahai Abu Hurairah! Lalu Abu Hurairah pun mendekat, nabi berkata lagi: Mendekat lagi wahai Abu Hurairah!, dan beliau mendekati lagi, lalu nabi berkata lagi: Mendekat lagi wahai Abu Hurairah!, lalu beliau mendekat sehingga jari-jemari Abu Hurairah menyentuh hujung jari jemari Nabi SAW. Kemudian baginda berkata kepadanya: Duduklah wahai Abu Hurairah. dan beliau pun duduk. Baginda lalu bersabda: Hulur ke sini hujung pakaianmu. Abu Hurairah lantas menghulur bajunya dan baginda memegangnya dengan tangannya dan dibuka baju tersebut dan didekatkan ke wajahnya, lalu Rasulullah SAW bersabda: Aku berpesan kepadamu wahai Abu Hurairah, empat perkara yang sebaiknya jangan kamu tinggalkan selama mana kamu masih hidup: Aku berpesan kepadamu agar mandi Jumaat, dan bersegera ke masjid untuk solat Jumaat, dan jangan lalai dan leka pada waktu tersebut, dan aku berpesan kepadamu agar berpuasa 3 hari pada setiap bulan, kerana sesungguhnya ganjarannya seakan berpuasa setahun. Dan aku berpesan kepadamu agar melaksanakan solat sunat fajar (sebelum subuh), jangan engkau tinggalkannya meskipun engkau sudah bersolat sepanjang malam, sesungguhnya padanya banyak kebaikan yang diingini. Baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali. Dan di akhir kata Baginda bersabda: "Engkau peluklah bajumu ini," lalu Abu Hurairah pun memeluk baju itu ke dadanya, kemudian beliau bertanya: "Wahai Rasulullah apa saja untukmu walau ayahku dan ibuku menjadi galang gantimu, adakah aku perlu merahsiakannya atau perlu menghebahkannya?." Baginda menjawab: "Bahkan engkau perlu menghebahkannya wahai Abu Hurairah! Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1534].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman