Pesan Rasulullah ketika membuka Taif

TEKS BAHASA ARAB

أيها الناس! إني فرط لكم، وأوصيكم بعترتي خيرا، وإن موعدكم الحوض، والذي نفسي بيده! فليقيموا الصلاة، وليؤتوا الزكاة، أو لأبعثن إليهم رجلا مني -أو كنفسي-؛ فليضربن أعناق مقاتليهم، وليسبين ذراريهم)). قال: فرأى الناس أنه أبو بكر أو عمر؛ فأخذ بيد علي فقال: ((هذا هو)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Rasulullah SAW membuka Kota Mekah, baginda pergi ke Taif dan mengepungnya selama 19 hari atau 18 hari tidak membukanya, kemudian baginda bertolak pada waktu pagi atau petang, dan baginda bergegas (menemui orang ramai), lalu Baginda bersabda: “Wahai manusia! Aku akan mendahului kamu, maka aku mewasiatkan kepada kamu agar berbuat baik terhadap keluargaku, sesungguhnya tempat yang dijanjikan kepada kamu adalah al-Haudh. Demi jiwaku di tangannya! Hendaklah mereka tunaikan solat, tunaikan zakat, atau akan aku hantar kepada mereka seorang lelaki dariku atau sepertiku, untuk menetak leher mereka, atau untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai tawanan.” Lalu manusia berpendapat bahawa (yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW) adalah Abu Bakr atau Umar, lalu baginda memegang tangan Ali dan berkata: “Inilah dia (orangnya).”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 889, hadis nombor 4561. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الرحمن بن عوف -رضي الله عنه- قال: لما افتتح رسول الله صلى الله عليه وسلم مكة؛ انصرف إلى الطائف فحاصرها تسع عشرة أو ثمان عشرة لم يفتحها، ثم أوغل روحة أو غدوة، [نزل]، ثم هجر؛ فقال:((أيها الناس! إني فرط لكم، وأوصيكم بعترتي خيرا، وإن موعدكم الحوض، والذي نفسي بيده! فليقيموا الصلاة، وليؤتوا الزكاة، أو لأبعثن إليهم رجلا مني -أو كنفسي-؛ فليضربن أعناق مقاتليهم، وليسبين ذراريهم)). قال: فرأى الناس أنه أبو بكر أو عمر؛ فأخذ بيد علي فقال: ((هذا هو)). [ع، ((الضعيفة)) (4960)].

(Lemah)
Daripada Abd al-Rahman bin Auf RA berkata: Ketika Rasulullah SAW membuka Kota Mekah, baginda pergi ke Taif dan mengepungnya selama 19 hari atau 18 hari tidak membukanya, kemudian baginda bertolak pada waktu pagi atau petang, dan baginda bergegas (menemui orang ramai), lalu Baginda bersabda: “Wahai manusia! Aku akan mendahului kamu, maka aku mewasiatkan kepada kamu agar berbuat baik terhadap keluargaku, sesungguhnya tempat yang dijanjikan kepada kamu adalah al-Haudh. Demi jiwaku di tangannya! Hendaklah mereka tunaikan solat, tunaikan zakat, atau akan aku hantar kepada mereka seorang lelaki dariku atau sepertiku, untuk menetak leher mereka, atau untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai tawanan.” Lalu manusia berpendapat bahawa (yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW) adalah Abu Bakr atau Umar, lalu baginda memegang tangan Ali dan berkata: “Inilah dia (orangnya).”
[Riwayat Musnad Abi Ya’la. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4960].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs