Perut merupakan punca penyakit, dan diet adalah penawar

TEKS BAHASA ARAB

البطنة أصل الداء، والحمية أصل الدواء، وعودوا كل جسم ما اعتاد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perut merupakan punca penyakit, dan diet adalah penawar, biasakanlah setiap tubuh badan apa yang menjadi kebiasaannya.

STATUS

Tiada asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1167, hadis nombor 5893. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له) (( البطنة أصل الداء، والحمية أصل الدواء، وعودوا كل جسم ما اعتاد)). [((الضعيفة)) (252)]

(Tidak Ada Asalnya) "Perut merupakan punca penyakit, dan diet adalah penawar, biasakanlah setiap tubuh badan apa yang menjadi kebiasaannya". [Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 252].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs