Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
البِطْنَةُ أصلُ الدَّاءِ، والحِمْيَةُ أصلُ الدَّواءِ، وعَوِّدوا كلَّ جسمٍ ما اعتادَ.
Teks Bahasa Melayu
Perut merupakan punca penyakit, dan diet adalah penawar, biasakanlah setiap tubuh badan apa yang menjadi kebiasaannya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1167, hadis no. 5893. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له) (( البطنة أصل الداء، والحمية أصل الدواء، وعودوا كل جسم ما اعتاد)). [((الضعيفة)) (252)]
(Tidak Ada Asalnya) "Perut merupakan punca penyakit, dan diet adalah penawar, biasakanlah setiap tubuh badan apa yang menjadi kebiasaannya". [Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 252].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman