Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: المعدة حوض البدن والعروق إليها واردة فإن صحت المعدة صدرت العروق بالصحة وإذا سقمت المعدة صدرت العروق بالسقم.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Perut itu umpama tempat simpanan bagi badan, dan urat-urat menyambung kepadanya, sekiranya perut sihat, akan terbit urat-urat yang sihat, sekiranya perut sakit akan terbit urat-urat yang sakit.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 155, hadis no. 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه العقيلي عن أبي هريرة مرفوعا وقال: هو باطل لا أصل له. قال في اللآلىء: أخرجه الطبراني في الأوسط وابن السني وأبو نعيم في الطب والبيهقي في الشعب وقال: في إسناده ضعيف وقال في الميزان: منكر.
Diriwayatkan oleh al-Uqaili daripada Abu Hurairah secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), dan al-Uqaili berkata: Hadith ini batil dan tidak ada asal riwayatnya. Al-Suyuthi berkata di dalam kitab al-La’ali’: Diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam kitabnya al-Awsat, Ibnu Sunni dan Abu Nua’im di dalam kitab at-Tib, dan al-Baihaqi di dalam kitabnya al-Syu’ab, beliau berkata pada sanadnya terdapat seorang perawi daif, dan beliau berkata dalam kitab al-Mizan: Munkar.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman