Perut adalah tangki kepada badan, dan kepadanya urat darah datang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

المعدة حوض البدن، والعروق إليها واردة، فإذا صحت المعدة صدرت العروق بالصحة، وإذا سقمت المعدة صدرت العروق بالسقم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perut adalah tangki kepada badan, dan kepadanya urat-urat darah datang. Maka jika sihat perut itu, urat itu akan terbit dengan sihat. Dan jika sakit perut itu, maka urat itu akan terbit dengan sakit.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1726-1727, hadis nombor 8683. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((المعدة حوض البدن، والعروق إليها واردة، فإذا صحت المعدة صدرت العروق بالصحة، وإذا سقمت المعدة صدرت العروق بالسقم.)) [عق، تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1692)].

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ -disandarkan kepada Nabi SAW: ((Perut adalah tangki kepada badan, dan kepadanya urat-urat darah datang. Maka jika sihat perut itu, urat itu akan terbit dengan sihat. Dan jika sakit perut itu, maka urat itu akan terbit dengan sakit.))
[Riwayat al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa, Tammam dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1692].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.