Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
المعِدةُ حوضُ البدنِ، والعروقُ إليها واردةٌ، فإذا صحَّت المعِدةُ صدَرت العروقُ بالصِّحَّةِ، وإذا سقِمت المعِدةُ صدَرت العروقُ بالسُّقمِ.
Teks Bahasa Melayu
Perut adalah tangki kepada badan, dan kepadanya urat-urat darah datang. Maka jika sihat perut itu, urat itu akan terbit dengan sihat. Dan jika sakit perut itu, maka urat itu akan terbit dengan sakit.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1726-1727, hadis no. 8683. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((المعدة حوض البدن، والعروق إليها واردة، فإذا صحت المعدة صدرت العروق بالصحة، وإذا سقمت المعدة صدرت العروق بالسقم.)) [عق، تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1692)].
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu' -disandarkan kepada Nabi SAW: ((Perut adalah tangki kepada badan, dan kepadanya urat-urat darah datang. Maka jika sihat perut itu, urat itu akan terbit dengan sihat. Dan jika sakit perut itu, maka urat itu akan terbit dengan sakit.)) [Riwayat al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa, Tammam dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1692].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman