Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الْمَعِدَةُ بَيْتُ الدَّاءِ، وَالْحَمِيَّةُ رَأْسُ الدَّوَاءِ.
Teks Bahasa Melayu
Perut adalah rumah penyakit, dan berpantang adalah penghulu kepada rawatan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 172, hadis no. 306. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
من كلام بعض الأطباء.
305- Hadis: Maksiat menghilangkan kenikmatan. Kata al-Sakhawi: Aku tidak pernah menemuinya. Kata Ibn al-Dayba‘, maksud kata-katanya (al-Sakhawi) secara marfu‘ kerana ia merupakan dari kalam salaf dan kata penyair: Apabila engkau berada dalam kenikmatan hendaklah engkau memeliharanya kerana maksiat menghilangkan nikmat-nikmat.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman