Perut adalah rumah bagi segala penyakit dan berpantang pula adalah ibu segala ubat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: المعدة بيت الداء والحمية رأس الدواء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Perut adalah rumah bagi segala penyakit dan berpantang pula adalah ibu segala ubat".

STATUS

Tiada asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 170, hadis nombor 513. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: الْمعدة بَيت الدَّاء وَالْحمية رَأس الدَّوَاء. قَالَ الزَّرْكَشِيّ: لَا أصل لَهُ، وَإِنَّمَا هُوَ من كَلَام بعض الْأَطِبَّاء.

Hadith: “Perut adalah rumah bagi segala penyakit dan berpantang pula adalah ibu segala ubat".
al-Zarkasyi berkata: Tiada asalnya, akan tetapi ia daripada ucapan sebahagian doktor.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.