Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الْمَعِدَةُ بَيْتُ الدَّاءِ وَالْحِمْيَةُ رَأْسُ الدَّوَاءِ.
Teks Bahasa Melayu
Perut adalah rumah bagi segala penyakit dan berpantang pula adalah ibu segala ubat.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 85, hadis no. 388. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ليس بحديث، بل من كلام الحارث بن كلدة، أو غيره، وفي معناه، ما جاء عن عائشة - رضي الله عنها - أنه - صلى الله عليه وسلم - دخل عليها وهي تشتكي، فقال لها: "يا عائشة الأدم دواء والمعدة بيت الأدواء . . الحديث".
Ia bukan hadith, sebaliknya bersumberkan ucapan al-Harith bin Kildah atau selain beliau. Semakna dengannya adalah hadith yang diriwayatkan daripada 'Aishah RA bahawa Nabi SAW pernah masuk menemui beliau ketika beliau sedang sakit, lalu Baginda bersabda kepada 'Aishah: "Wahai 'Aishah! Lauk pauk adalah ubat dan perut pula rumah bagi segala penyakit".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman