Perut adalah rumah bagi penyakit, dan berpantang itu adalah ketua segala ubat

TEKS BAHASA ARAB

المعدة بيت الداء، والحمية رأس الدواء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perut adalah rumah bagi penyakit, dan berpantang itu adalah ketua segala ubat.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 105-106, hadis nombor 95. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

إنما هو من كلام بعض الأطباء.
وعن وهب: "أجمعت الأطباء أن رأس الطب الحمية، وأجمعت الحكماء أن رأس الحكمة الصمت".

Sesungguhnya ia hanya daripada ucapan sebahagian para tabib.
Daripada Wahb (Ibn Munabbih): "Para tabib telah bersepakat bahawa sesungguhnya pangkal perubatan adalah berpantang. Manakala golongan bijak pandai telah bersepakat bahawa pangkal kebijaksanaan adalah diam".

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs