Perumpamaan ‘Urwah adalah seperti orang (Yāsīn)

TEKS BAHASA ARAB

مثل عروة -يعني: ابن مسعود الثقفي- مثل صاحب (ياسين) دعا قومه إلى الله فقتلوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perumpamaan ‘Urwah adalah seperti orang (Yāsīn), dia menyeru kaumnya kepada Allah, lalu mereka membunuhnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1985, hadis nombor 9938. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عروة بن الزبير -رضي الله عنهما-، قال: لما أتى الناس الحج سنة تسع، قدم عروة بن مسعود الثقفي عم المغيرة بن شعبة على رسول الله صلى الله عليه وسلم، فاستأذن رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يرجع إلى قومه، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إني أخاف أن يقتلوك)). قال: لو وجدوني نائما ما أيقظوني، فأذن له رسول الله صلى الله عليه وسلم، فخرج إلى قومه مسلما، فقدم عشاء، فجاءته ثقيف، فدعاهم إلى الإسلام، فاتهموه وعصوه، وأسمعوه ما لم يكن يحتسب، ثم خرجوا من عنده، حتى إذا أسحروا وطلع الفجر، قام عروة في داره فأذن بالصلاة وتشهد، فرماه رجل من ثقيف بسهم فقتله، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((مثل عروة مثل صاحب (ياسين) دعا قومه إلى الله فقتلوه)).
[ك، البيهقي في ((دلائل النبوة))، ((الضعيفة)) (1642)]

(Lemah) Daripada ‘Urwah bin al-Zubair RA, beliau berkata: Sewaktu haji tahun kesembilan sampai kepada orang ramai, ‘Urwah bin Mas‘ūd al-Tsaqafī; bapa saudara al-Mughīrah bin Syu‘bah telah datang kepada Rasulullah SAW, maka dia meminta izin Rasulullah SAW untuk pulang kepada kaumnya. Lalu Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya aku bimbang mereka akan membunuhmu”. Dia berkata: Kalau mereka mendapati aku sedang tidur, mereka tidak akan mengejuti aku. Lalu Rasulullah SAW telah mengizinkan kepadanya, lantas dia keluar kepada kaumnya sebagai seorang Muslim. Maka dia tidak sampai pada waktu Isyak, lalu datang kepadanya Kabilah Tsaqif. Maka dia telah menyeru mereka kepada Islam, namun mereka mentohmahnya dan menentangnya, dan mereka mendengarkan kepadanya apa yang tidak disangka, dan kemudian mereka keluar dari sisinya. Sehingga apabila mereka telah masuk ke waktu sahur dan terbit Fajar, ‘Urwah telah bangun di dalam rumahnya, lalu dia melaungkan azan untuk solat dan bertasyahud, lantas seorang lelaki dalam kalangan Kabilah Tsaqif telah memanahnya dengan anak panah lalu membunuhnya. Maka Rasulullah SAW telah bersabda: “Perumpamaan ‘Urwah adalah seperti orang (Yāsīn), dia menyeru kaumnya kepada Allah, lalu mereka membunuhnya”.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqī dalam Dalāil al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1642]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs