Perumpamaan ulama di muka bumi seperti bintang-bintang di langit

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مثل العلماء في الأرض مثل النجوم في السماء إذا ظهرت ساروا بها وإذا توارت عنهم تاهوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perumpamaan ulama di muka bumi seperti bintang-bintang di langit, apabila ia muncul maka orang ramai boleh berjalan pada waktu malam berpandukannya dan apabila ia tersembunyi kepada mereka, maka sesatlah mereka.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 82, hadis nombor 368. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

من كلام أبي الدرداء، لكن في المرفوع: مثل العلماء في الأرض مثل النجوم في السماء يهتدى بها في ظلمات البر والبحر فإذا انطمست أوشك أن تضل الهداة.

Bersumberkan ucapan Abu al-Darda', namun dalam riwayat marfu': “Perumpamaan ulama di muka bumi adalah seperti bintang-bintang di langit, ia dijadikan panduan dalam kegelapan di darat mahupun lautan. Apabila ia hilang, hampir-hampir orang kehilangan petunjuk”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon