TEKS BAHASA ARAB
مثل الذي يتكلم يوم الجمعة، والإمام يخطب مثل الحمار يحمل أسفارا، والذي يقول له: أنصت، لا جمعة له.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Perumpamaan seseorang yang bercakap-cakap pada hari Jumaat tatkala imam sedang berkhutbah adalah seperti seekor keldai yang memikul kitab-kitab (di atas badannya). Dan seseorang yang mengatakan (kepada orang yang berkata-kata ketika khutbah): Diamlah kamu, maka tidak ada (pahala) Jumaat baginya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 252, hadis nombor 1308. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((مثل الذي يتكلم يوم الجمعة والإمام يخطب؛ مثل الحمار يحمل أسفارا، والذي يقول له: أنصت؛ لا جمعة له)). [حم، ش، طب، البزار، بحشل في ((تاريخ واسط))، الرامهرمزي، ((الضعيفة)) (1760)]
(Lemah)
Daripada ‘A’ishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perumpamaan seseorang yang bercakap-cakap pada hari Jumaat tatkala imam sedang berkhutbah adalah seperti seekor keldai yang memikul kitab-kitab (di atas badannya). Dan seseorang yang mengatakan (kepada orang yang berkata-kata ketika khutbah): Diamlah kamu, maka tidak ada (pahala) Jumaat baginya.
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Bazzar, Bahsyal dalam Tarikh Wasit dan al-Ramahurmuzi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1760]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.