Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَثَلُ المَرْأَةِ الصَّالِحَةِ فِي النِّسَاءِ كمَثَلِ الغُرَابِ الأعصَم، قِيلَ: وَمَا الغراب الأعصم؟ قال: الذِي إِحدَى رجليهِ بياضٌ.
Teks Bahasa Melayu
Perumpamaan seorang wanita solehah diumpamakan seperti Ghurab al A’sam . Ditanyakan: “Apakah itu Ghurab al A’sam?” Rasulullah SAW bersabda: “Sejenis burung gagak yang salah satu kakinya berwarna putih”.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 932, hadis no. 4796. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أمامة - رضي الله عنه - مرفوعا: مثل المرأة الصالحة في النساء كمثل الغراب الأعصم، قيل: وما الغراب الأعصم؟ قال: الذي إحدى رجليه بياض. [طب، الضعيفة (2802)].
(Lemah) Diriwayatkan daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perumpamaan seorang wanita solehah diumpamakan seperti Ghurab al A’sam . Ditanyakan: “Apakah itu Ghurab al A’sam?” Rasulullah SAW bersabda: “Sejenis burung gagak yang salah satu kakinya berwarna putih”. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2802].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman