Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَثَلُ المؤمنِ؛ كمَثَلِ العَطَّارِ؛ إن جالسْتَهُ نفعك، وإن ماشَيْتَهُ نفعك، وإن شارَكْتَهُ نفعك.
Teks Bahasa Melayu
Perumpamaan seorang mukmin itu adalah seperti penjual minyak wangi. Sekiranya kamu duduk dengannya, dia akan memberi manfaat kepada kamu. Sekiranya kamu berjalan dengannya, dia akan memberi manfaat kepada kamu. Dan sekiranya kamu menyertainya, dia akan memberi manfaat kepada kamu.
Sahabat Perawi
- Ibn ‘Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 86, hadis no. 428. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعاً: مثل المؤمن؛ كمثل العطار؛ إن جالسته نفعك، وإن ماشيته نفعك، وإن شاركته نفعك. [طب، الرامهرمزي، ((الضعيفة)) (4502)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perumpamaan seorang mukmin itu adalah seperti penjual minyak wangi. Sekiranya kamu duduk dengannya, dia akan memberi manfaat kepada kamu. Sekiranya kamu berjalan dengannya, dia akan memberi manfaat kepada kamu. Dan sekiranya kamu menyertainya, dia akan memberi manfaat kepada kamu. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan al-Rāmahurmuzi dalam al-Amtsāl. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4502]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman