TEKS BAHASA ARAB
مثل المؤمن ومثل الإيمان كمثل الفرس في آخيته ، يجول ثم يرجع إلى آخيته ، يجول ثم يرجع إلى آخيته ، وإن المؤمن يسهو ثم يرجع ، فأطعموا طعامكم الأتقياء ، وأولوا معروفكم المؤمنين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Perumpamaan seorang mukmin dengan imannya adalah seperti seekor kuda dengan tali pengikatnya. Ia bersiar-siar kemudian ia pulang semula kepada tali pengikatnya. Ia bersiar-siar kemudian ia pulang semula ke tempat yang sama. Sesungguhnya seorang mukmin itu dia akan lalai, kemudian dia kembali semula kepada keimanannya. Maka berilah makan makanan kamu kepada golongan yang bertakwa, serta berikanlah kebaikan kamu kepada golongan orang-orang mukmin.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 161, hadis nombor 805. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مثل المؤمن ومثل الإيمان كمثل الفرس في آخيته، يجول ثم يرجع إلى آخيته، يجول ثم يرجع إلى آخيته، وإن المؤمن يسهو ثم يرجع، فأطعموا طعامكم الأتقياء، وأولوا معروفكم المؤمنين.
[ابن المبارك، حم، حل، الأصبهاني، البغوي، هب، حب، ع، أبو الشيخ في ((الأمثال))، القضاعي، ((الضعيفة)) (6637)]
(Lemah)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan seorang Mukmin dengan imannya adalah seperti seekor kuda dengan tali pengikatnya. Ia bersiar-siar kemudian ia pulang semula kepada tali pengikatnya. Ia bersiar-siar kemudian ia pulang semula ke tempat yang sama. Sesungguhnya seorang mukmin itu dia akan lalai, kemudian dia kembali semula kepada keimanannya. Maka berilah makan makanan kamu kepada golongan yang bertakwa, serta berikanlah kebaikan kamu kepada golongan orang-orang mukmin.
[Riwayat Ibn al-Mubarak, Ahmad, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, al-Asbahani, al-Baghawi, al-Baihaqi dalam Syuaib al-Iman, Ibn Hibban, Abu Ya’la, Abu al-Syaikh dalam al-Amthal, al-Qudha‘iy. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6637]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.