Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مثلُ المؤمنِ ومثلُ الإيمانِ كمثلِ الفرسِ في آخِيَّتِه، يجولُ ثم يرجعُ إلى آخِيَّتِه، يجولُ ثم يرجعُ إلى آخِيَّتِه، وإنَّ المؤمنَ يسهو ثم يرجعُ، فأطعِموا طعامَكم الأتقياءَ، وأوْلوا معروفَكم المُؤمنينَ.
Teks Bahasa Melayu
Perumpamaan seorang mukmin dan iman itu bagaikan seekor kuda yang berada pada tambatannya. Ia berjalan-jalan kemudian ia kembali ke tambatannya. Ia berjalan-jalan (lagi) kemudian ia kembali ke tambatannya. Manakala sesungguhnya seorang mukmin itu terleka, kemudian dia kembali semula. Maka berikanlah makan kepada orang-orang bertakwa dan utamakan kebaikan kalian kepada orang-orang beriman.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 440, hadis no. 2357. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abū Sa‘īd al-Khudrī RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Perumpamaan seorang mukmin dan iman itu bagaikan seekor kuda yang berada pada tambatannya. Ia berjalan-jalan kemudian ia kembali ke tambatannya. Ia berjalan-jalan (lagi) kemudian ia kembali ke tambatannya. Manakala sesungguhnya seorang mukmin itu terleka, kemudian dia kembali semula. Maka berikanlah makan kepada orang-orang bertakwa dan utamakan kebaikan kalian kepada orang-orang beriman.” [Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya, Abu Nu'aym dalm al-Hilyah, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, Ibn Ḥibbān, Abū Ya‘lā, Ibn al-Mubārak, al-Aṣbahānī, al-Baghāwī, Abū al-Shaykh dalam al-Amthāl dan al-Quḍā‘ī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6637].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman