Perumpamaan sahabat-sahabatku seperti bintang-bintang

TEKS BAHASA ARAB

مثل أصحابي مثل النجوم ، من اقتدى بشيء منها اهتدى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perumpamaan sahabat-sahabatku seperti bintang-bintang. Sesiapa yang mengikuti mereka pada apa-apa perkara akan diberi petunjuk.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1783, hadis nombor 8975. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعاً: «مثل أصحابي مثل النُجوم، من اقتدى بشيء منها اهتدى». [القضاعي، الـضعيفة، (438)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Perumpamaan sahabat-sahabatku seperti bintang-bintang. Sesiapa yang mengikuti mereka pada apa-apa perkara akan diberi petunjuk." [Riwayat al-Qudho’ei. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 438]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs