Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَثَلُ أصحابي مَثَلُ النجومِ ، مَن اقْتَدَى بشيءٍ منها اهْتَدَى.
Teks Bahasa Melayu
Perumpamaan sahabat-sahabatku seperti bintang-bintang. Sesiapa yang mengikuti mereka pada apa-apa perkara akan diberi petunjuk.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1783, hadis no. 8975. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعاً: «مثل أصحابي مثل النُجوم، من اقتدى بشيء منها اهتدى». [القضاعي، الـضعيفة، (438)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Perumpamaan sahabat-sahabatku seperti bintang-bintang. Sesiapa yang mengikuti mereka pada apa-apa perkara akan diberi petunjuk." [Riwayat al-Qudho’ei. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 438]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman