Perumpamaan para sahabatku adalah seperti garam dalam makanan

TEKS BAHASA ARAB

مثل أصحابي في أمتي كالملح في الطعام، لا يصلح الطعام إلا بالملح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perumpamaan para sahabatku adalah seperti garam dalam makanan. Makanan tidak akan lazat tanpa garam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1805, hadis nombor 9103. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((مثل أصحابي في أمتي كالملح في الطعام، لا يصلح الطعام إلا بالملح)). [ابن المبارك، البزار، البغوي، الحلبي في ((حديثه))، القضاعي، ((الضعيفة)) (1762)]

(Lemah) Daripada Anas RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Perumpamaan para sahabatku adalah seperti garam dalam makanan. Makanan tidak akan lazat tanpa garam." [Riwayat Ibn al-Mubarak, al-Bazzar, al-Baghawi, al-Halabi dalam kitab hadisnya dan al-Qudha’i. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1762]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs