TEKS BAHASA ARAB
مثل المريض إذا برئ وصح من مرضه مثل البردة، تقع من السماء في صفائها ولونها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Perumpamaan orang yang sakit jika dia telah sembuh dan menjadi sihat daripada sakitnya ialah seperti hujan batu yang jatuh dari langit dari segi kesuciannya dan warnanya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1765, hadis nombor 8885. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((مَثَلُ الْمَرِيضِ إِذَا بَرِئَ وَصَحَّ من مرضِه مَثَلُ الْبَرَدَةِ، تَقَعُ مِنْ السَّمَاءِ فِي صَفَائِهَا وَلَوْنِهَا.)) [البزار، ابن حبان في ((الضعفاء))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، عد، هب، فر، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6437)].
(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA beliau berkta: Rasulullah SAW bersabda: ((Perumpamaan orang yang sakit jika dia telah sembuh dan menjadi sihat daripada sakitnya ialah seperti hujan batu yang jatuh dari langit dari segi kesuciannya dan warnanya.))
[Riwayat al-Bazzar , Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan, Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil , al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, al-Dailami dalam al-Firdaus dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6437].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.