Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Perumpamaan orang yang sakit jika dia telah sembuh dan menjadi sihat daripada sakitnya ialah seperti hujan batu yang jatuh dari langit

Teks Bahasa Arab

مَثَلُ الْمَرِيضِ إِذَا بَرِئَ وَصَحَّ من مرضِه مَثَلُ الْبَرَدَةِ، تَقَعُ مِنْ السَّمَاءِ فِي صَفَائِهَا وَلَوْنِهَا.

Teks Bahasa Melayu

Perumpamaan orang yang sakit jika dia telah sembuh dan menjadi sihat daripada sakitnya ialah seperti hujan batu yang jatuh dari langit dari segi kesuciannya dan warnanya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1765, hadis no. 8885. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((مَثَلُ الْمَرِيضِ إِذَا بَرِئَ وَصَحَّ من مرضِه مَثَلُ الْبَرَدَةِ، تَقَعُ مِنْ السَّمَاءِ فِي صَفَائِهَا وَلَوْنِهَا.)) [البزار، ابن حبان في ((الضعفاء))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، عد، هب، فر، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6437)].

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA beliau berkta: Rasulullah SAW bersabda: ((Perumpamaan orang yang sakit jika dia telah sembuh dan menjadi sihat daripada sakitnya ialah seperti hujan batu yang jatuh dari langit dari segi kesuciannya dan warnanya.)) [Riwayat al-Bazzar , Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan, Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil , al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, al-Dailami dalam al-Firdaus dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6437].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.