Perumpamaan orang yang sakit apabila dia telah sihat

TEKS BAHASA ARAB

مثل المريض إذا برئ وصح من مرضه مثل البردة، تقع من السماء في صفائها ولونها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perumpamaan orang yang sakit apabila dia telah sihat, seperti hujan batu yang turun dari langit dengan kejernihan dan warnanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2059, hadis nombor 10344. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس–رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: مثل المريض إذا برئ وصح من مرضه مثل البردة، تقع من السماء في صفائها ولونها.
[البزار، ابن حبان في ((الضعفاء))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، هب، عد، فر، ابن الجوزي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6437)]

(Palsu)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan orang yang sakit apabila dia telah sihat, seperti hujan batu yang turun dari langit dengan kejernihan dan warnanya.
[Riwayat al-Bazzar, Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan, al-Baihaqi dalam al-Syu’ab, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus, Ibn Jauzi dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6437]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs