TEKS BAHASA ARAB
حديث: مثل الذي يحج من أمتي [عن أمتي _ (من اللآلىء) ] كمثل أم موسى كانت ترضعه وتأخذ الكراء من فرعون
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Perumpamaan orang yang mengerjakan haji daripada umatku (untuk umatku) adalah seperti ibu Nabi Musa yang menyusukannya dan mengambil upah daripada Firaun.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 108, hadis nombor 14. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عدي عن معاذ مرفوعا وهو موضوع
Ibn Adi meriwayatkan daripada Muaz secara marfu'(disandarkan kepada Nabi) dan hadith ini palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.