Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Perumpamaan orang yang mengerjakan haji daripada umatku (untuk umatku)

Teks Bahasa Arab

حديث: مثل الذي يحج من أمتي [عن أمتي _ (من اللآلىء) ] كمثل أم موسى كانت ترضعه وتأخذ الكراء من فرعون

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Perumpamaan orang yang mengerjakan haji daripada umatku (untuk umatku) adalah seperti ibu Nabi Musa yang menyusukannya dan mengambil upah daripada Firaun

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 108, hadis no. 14. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن معاذ مرفوعا وهو موضوع

Ibn Adi meriwayatkan daripada Muaz secara marfu (disandarkan kepada Nabi) dan hadith ini palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.