Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَثَلُ الذي يَعْتِقُ عند الموتِ كَمَثَلِ الذي يُهْدِي إذا شَبِعَ.
Teks Bahasa Melayu
Perumpamaan orang yang membebaskan (hamba) ketika (hampir) mati adalah seperti orang memberi hadiah apabila dia kenyang.
Sahabat Perawi
- Abu Hubaibah al-Ta'i
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 867, hadis no. 4433. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي حبيبة الطائي، قال: أوصى إلي أخي بطائفة من ماله، فلقيت أبا الدرداء، فقلت: إن أخي أوصى إليّ بطائفة من ماله، فإن ترى لي وضعه في الفقراء أو المساكين أو المجاهدين في سبيل الله، فقال: أما أنا فلو كنت لم أعدل بالمجاهدين، سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: ((مثل الذي يعتق عند الموت كمثل الذي يهدي إذا شبع)). [د، ن، ت، حم، الدارمي، حب، عبد بن حميد، ابن الأعرابي، ((الضعيفة)) (1322)].
(Lemah) Daripada Abu Hubaibah al-Ta'i berkata: Saudaraku mewasiatkan kepadaku sebahagian hartanya, lalu aku berjumpa Abu al-Darda’, aku berkata: Saudaraku telah mewasiatkan kepada aku sebahagian hartanya, apa pandanganmu jika aku meletakkannya (menginfakkannya) untuk orang yang fakir dan miskin atau mujahidin di jalan Allah? Beliau berkata: Sekiranya aku (ditempat kamu), aku tidak akan menyamakan kedudukan golongan Mujahidin (dengan orang fakir dan miskin, bahkan aku akan mendahulukan golongan Mujahidin), kerana aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang membebaskan (hamba) ketika (hampir) mati adalah seperti orang memberi hadiah apabila dia kenyang.” [Riwayat Abu Daud dalam Sunan, al-Nasaie dalam Sunan, al-Tirmizi dalam Sunan, al-Darimi dalam Sunan, Ibn Hibban dalam Sahih , Abd bin Humaid, Ibn al-A’rabi. Lihat Silsilah al-Dhaifah (1322)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman