Perumpamaan orang yang duduk mendengar hikmah

TEKS BAHASA ARAB

مثل الذي يجلس يسمع الحكمة، ثم لا يحدث عن صاحبه إلا بشر ما يسمع، كمثل رجل أتى راعيا، فقال: يا راعي! أجزرني شاة من غنمك، قال: اذهب فخذ بأذن خيرها، فذهب فأخذ بأذن كلب الغنم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perumpamaan orang yang duduk mendengar hikmah, kemudian dia tidak menceritakan daripada temannya kecuali dengan keburukan apa yang dia dengar, adalah seumpama seorang lelaki yang datang kepada seorang pengembala, lalu dia berkata: Wahai pengembala! Sembelihkan aku seekor biri daripada biri-birimu. Dia (yakni si pengembala) pun berkata: Pergilah dan tariklah telinga yang paling elok antaranya. Lalu dia pergi dan menarik telinga anjing gembala biri-biri berkenaan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1985, hadis nombor 9939. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((مثل الذي يجلس يسمع الحكمة، ثم لا يحدث عن صاحبه إلا بشر ما يسمع، كمثل رجل أتى راعيا، فقال: يا راعي! أجزرني شاة من غنمك، قال: اذهب فخذ بأذن خيرها، فذهب فأخذ بأذن كلب الغنم)).
[ه، حم، ابن الأعرابي، أبو الشيخ في ((الأمثال))، عبد الغني المقدسي في ((العلم))، ((الضعيفة)) (1761)]

(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perumpamaan orang yang duduk mendengar hikmah, kemudian dia tidak menceritakan daripada temannya kecuali dengan keburukan apa yang dia dengar, adalah seumpama seorang lelaki yang datang kepada seorang pengembala, lalu dia berkata: Wahai pengembala! Sembelihkan aku seekor biri daripada biri-birimu. Dia (yakni si pengembala) pun berkata: Pergilah dan tariklah telinga yang paling elok antaranya. Lalu dia pergi dan menarik telinga anjing gembala biri-biri berkenaan.
[Riwayat Ibn Mājah dalam al-Sunan, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, Ibn al-A‘rābī dalam al-Mu‘jam, Abū al-Syaikh dalam al-Amtsāl, ‘Abd al-Ghanī al-Maqdisī dalam al-‘Ilm. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1761]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs