Perumpamaan orang yang bermain dadu kemudian dia solat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مثل الذي يلعب بالنرد، ثم يقوم فيصلي، مثل الذي يتوضأ بالقيح، ودم الخنزير، ثم يقوم فيصلي، وفي رواية: يقول: لا تقبل صلاته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perumpamaan orang yang bermain dadu kemudian dia solat adalah seperti orang yang berwuduk menggunakan nanah dan darah khinzir, kemudian dia mendirikan solat. Dalam riwayat lain, baginda menyebutkan: Tidak diterima solatnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1227, hadis nombor 6244. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي سعيد رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مثل الذي يلعب بالنرد، ثم يقوم فيصلي، مثل الذي يتوضأ بالقيح، ودم الخنزير، ثم يقوم فيصلي، وفي رواية: يقول: لا تقبل صلاته.
[ع، حم، تخ، هق، هب، ((الضعيفة)) (6535)].

(Munkar)
Daripada Abi Sa’id RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Perumpamaan orang yang bermain dadu kemudian dia solat adalah seperti orang yang berwuduk menggunakan nanah dan darah khinzir, kemudian dia mendirikan solat. Dalam riwayat lain, Baginda menyebutkan: Tidak diterima solatnya.
[Riwayat Abu Ya’la dalam al-Musnad, Ahmad dalam al-Musnad, al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Baihaqi dalam al-Sunan, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6535].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.