Sanadnya lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مثل الَّذِي يتَعَلَّم فِي الْكبر كَالَّذي يكْتب على المَاء.
Teks Bahasa Melayu
Perumpamaan orang yang belajar ketika sudah dewasa seperti orang yang menulis di atas air.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Sanadnya lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 22. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وَرُوِيَ بِسَنَد ضَعِيف «مثل الَّذِي يتَعَلَّم فِي الْكبر كَالَّذي يكْتب على المَاء» وَذكر لَهُ طرقا باخْتلَاف أَلْفَاظ وَالله أعلم.
Diriwayatkan dengan sanad yang daif: “Perumpamaan orang yang belajar ketika sudah dewasa seperti orang yang menulis di atas air.” Ia disebut dengan pelbagai jalan dan lafaz. Wallahu’alam.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman