Perumpamaan mereka yang berperang dikalangan umatku dan mereka mengambil bayaran sebagai pendorong untuk menghadapi musuh

TEKS BAHASA ARAB

مثل الذين يغزون من أمتي ويأخذون الجعل يتقوون به على عدوهم كمثل أم موسى ترضع ولدها وتأخذ أجرها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perumpamaan mereka yang berperang dikalangan umatku, dan mereka mengambil bayaran sebagai pendorong untuk menghadapi musuh, mereka adalah seperti ibu Nabi Musa yang menyusukan anaknya dan mengambil upahnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1003, hadis nombor 5166. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جبير بن نفير الحضرمي رضي الله عنه مرفوعا: مثل الذين يغزون من أمتي ويأخذون الجعل يتقوون به على عدوهم؛ كمثل أم موسى ترضع ولدها وتأخذ أجرها. [ش، ابن يعقوب الحنبلي في الفروسية، هق، ص، فر، الضعيفة (4500)].

(Lemah) Daripada Jubair bin Nufair al-Hadrami RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perumpamaan mereka yang berperang dikalangan umatku, dan mereka mengambil bayaran sebagai pendorong untuk menghadapi musuh, mereka adalah seperti ibu Nabi Musa yang menyusukan anaknya dan mengambil upahnya. [Riwayat Musannaf Ibn Abi Syaibah, Ibn Yakub al-Hanbali dalam al-Furusiyah, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, Sunan Sa'id bin Mansur dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 4500]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs