TEKS BAHASA ARAB
مثل الإيمان مثل القميص: تقمصه مرة، وتنزعه مرة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Perumpamaan iman itu adalah seperti pakaian. Sesekali kamu menyarungkannya dan sesekali kamu menanggalkannya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 580-581, hadis nombor 2985. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن أبي كرب، قال: قال ﷺ: «مثل الإيمان مثل القميص: تقمصه مرة، وتنزعه مرة». [ابن قانع، «الضعيفة» (6868)].
(Munkar) Daripada Ibn Abi Karib, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Perumpamaan iman itu adalah seperti pakaian. Sesekali kamu menyarungkannya dan sesekali kamu menanggalkannya". [Riwayat Ibn Qani' dalam Mu’jam al-Sahabah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6868].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.