Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Perumpamaan iman itu adalah seperti pakaian

Teks Bahasa Arab

مثلُ الإيمانِ مثلُ القميصِ: تَقَمَّصُهُ مرةً، وتنزعُهُ مرةً.

Teks Bahasa Melayu

Perumpamaan iman itu adalah seperti pakaian. Sesekali kamu menyarungkannya dan sesekali kamu menanggalkannya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 580-581, hadis no. 2985.

(منكر) عن ابن أبي كرب، قال: قال ﷺ: «مثل ‌الإيمان ‌مثل القميص: ‌تقمصه مرة، وتنزعه مرة». [ابن قانع، «الضعيفة» (6868)].

(Munkar) Daripada Ibn Abi Karib, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Perumpamaan iman itu adalah seperti pakaian. Sesekali kamu menyarungkannya dan sesekali kamu menanggalkannya". [Riwayat Ibn Qani' dalam Mu’jam al-Sahabah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6868].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.