Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
هاشمٌ والمطلبُ كهاتينِ، -وضمَّ أصابعَه وشبَّكَ بينَ أصابعِه-، لعن اللهُ من فرَّقَ بينَهما، رَبُّونا صغارًا وحملناهم كبارًا.
Teks Bahasa Melayu
Perumpamaan Hasyim dan al-Muttalib adalah seperti ini - Baginda mendekatkan jari kedua tangan, kemudian Baginda menggenggam silang jari-jari Baginda -. Allah melaknat sesiapa yang memecah belahkan mereka. Mereka mendidik kami ketika kami kecil dan kami menjaga mereka ketika mereka tua.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1878, hadis no. 9467. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زيد بن علي، قال: قال رسول الله ﷺ: ((هاشمٌ والمطلبُ كهاتينِ، -وضمَّ أصابعَه وشبَّكَ بينَ أصابعِه-، لعن اللهُ من فرَّقَ بينَهما، رَبُّونا صغارًا وحملناهم كبارًا)).[هق, ((الضعيفة)) (4739)]
(Lemah) Daripada Zaid bin Ali dia berkata: Rasulullah SAW berkata: “Perumpamaan Hasyim dan al-Muttalib adalah seperti ini - Baginda mendekatkan jari kedua tangan, kemudian Baginda menggenggam silang jari-jari Baginda -. Allah melaknat sesiapa yang memecah belahkan mereka. Mereka mendidik kami ketika kami kecil dan kami menjaga mereka ketika mereka tua." [Riwayat al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4739]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman