Perumpamaan dunia ini adalah seperti pakaian yang koyak dari atasnya sehingga bawahnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مثل هذه الدنيا مثل ثوب شق من أوله إلى آخره، فبقي معلقا بخيط في آخره، فيوشك ذلك الخيط أن ينقطع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perumpamaan dunia ini adalah seperti pakaian yang koyak dari atasnya sehingga bawahnya, lalu ia kekal bertaut dengan satu benang pada bawahnya, dan hampir-hampir benang itu untuk terputus.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1986, hadis nombor 9940. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- رفعه: ((مثل هذه الدنيا مثل ثوب شق من أوله إلى آخره، فبقي معلقا بخيط في آخره، فيوشك ذلك الخيط أن ينقطع)).
[ابن أبي الدنيا في ((قصر الأمل))، حل، ((الضعيفة)) (1970)]

(Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA, yang disandarkan (kepada Nabi SAW): Perumpamaan dunia ini adalah seperti pakaian yang koyak dari atasnya sehingga bawahnya, lalu ia kekal bertaut dengan satu benang pada bawahnya, dan hampir-hampir benang itu untuk terputus.
[Riwayat Ibn Abī al-Dunyā dalam Qaṣr al-Amal, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1970]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.