Perumpamaan Bilal adalah seperti kurma muda

TEKS BAHASA ARAB

مثل بلال كمثل نحلة غدت تأكل من الحلو والمر، ثم هو حلو كله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perumpamaan Bilal adalah seperti kurma muda, apabila makan ada campuran rasa manis dan pahit, kemudian kesemua rasanya manis.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1814, hadis nombor 9145. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – رفعه: مثل بلال كمثل نحلة غدت تأكل من الحلو والمر، ثم هو حلو كله. [طس، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2002)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda: Perumpamaan Bilal adalah seperti kurma muda, apabila makan ada campuran rasa manis dan pahit, kemudian kesemua rasanya manis. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Ausat, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 2002]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs