TEKS BAHASA ARAB
مثل بلعم بن باعوراء في بني إسرايئل كمثل أمية بن أبي الصلت في هذه الأمة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Perumpamaan Bal’am bin Baura’ dari kalangan bani Israel adalah seperti Muawiyah bin Abu al-Shalt dari umat ini.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1874, hadis nombor 9444. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سعيد بن المسيب مرسلا: ((مثل بلعم بن باعوراء في بني إسرايئل كمثل أمية بن أبي الصلت في هذه الأمة)). [إبن عساكر،((الضعيفة)) (4504)]
(Lemah) Dari Said bin Musayyib secara mursal (terputus sanad): "Perumpamaan Bal’am bin Baura’ dari kalangan bani Israel adalah seperti Muawiyah bin Abu al-Shalt dari umat ini." [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4504]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.