Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَثَلُ الذي يتعلمُ العلمَ في صِغَرِه كالنقشِ في الحَجَرِ، ومَثَلُ الذي يتعلمُ العلمَ في كِبَرِهِ كالذي يكتبُ على الماءِ.
Teks Bahasa Melayu
Perumpamaan bagi seseorang yang mempelajari ilmu ketika usianya kecil (muda) adalah seperti ukiran pada batu dan perumpamaan bagi seseorang yang mempelajari ilmu ketika usianya sudah tua adalah seperti menulis atas permukaan air.
Sahabat Perawi
- Abi al-Darda' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1235, hadis no. 6295. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي الدرداء رضي الله عنه مرفوعا: مثل الذي يتعلم العلم في صغره كالنقش في الحجر، ومثل الذي يتعلم العلم في كبره كالذي يكتب على الماء. [طب، ((الضعيفة)) (618)].
(Palsu) Daripada Abi al-Darda' RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Perumpamaan bagi seseorang yang mempelajari ilmu ketika usianya kecil (muda) adalah seperti ukiran pada batu dan perumpamaan bagi seseorang yang mempelajari ilmu ketika usianya sudah tua adalah seperti menulis atas permukaan air. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 618].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman