Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مثلُ الذي يلعبُ بالنَّردِ ، ثم يقومُ فيُصلِّي ، مثلُ الذي يتوضأُ بالقيحِ ، ودمُ الخنزيرِ ، ثم يقومُ فيُصلِّي وفي روايةٍ : يقولُ : لا تُقبلُ صلاتُه.
Teks Bahasa Melayu
perumpamaan bagi orang yang bermain dadu dan kemudian dia bangun lalu menunaikan solat, juga orang yang berwuduk dengan nanah dan darah babi, kemudian dia bangun dan menunaikan solat- dan dalam riwayat: dia berkata: solatnya tidak diterima.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 377, hadis no. 1997. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Abi Sa’id RA, beliau berkata : Rasulullah ﷺ bersabda: “perumpamaan bagi orang yang bermain dadu dan kemudian dia bangun lalu menunaikan solat, juga orang yang berwuduk dengan nanah dan darah babi, kemudian dia bangun dan menunaikan solat- dan dalam riwayat: dia berkata: solatnya tidak diterima.” [Riwayat al-Tabarani dalam kitab Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6535]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman