Perumpamaan antara orang beriman dan iman adalah seperti kuda dengan tali pengikatnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مثل المؤمن ومثل الإيمان كمثل الفرس في ‌آخيته، يجول ثم يرجع إلى ‌آخيته، يجول ثم يرجع إلى ‌آخيته، وإن المؤمن يسهو ثم يرجع، فأطعموا طعامكم الأتقياء، وأولوا معروفكم المؤمنين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perumpamaan antara orang beriman dan iman adalah seperti kuda dengan tali pengikatnya, ia berjalan-jalan kemudian ia akan kembali ke tali pengikatnya, ia berjalan-jalan kemudian ia akan kembali ke tali pengikatnya. Sesungguhnya orang beriman seringkali lalai kemudian dia kembali. Justeru berilah makan kepada orang bertaqwa serta dahulukanlah kebaikan kamu kepada orang-orang beriman.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 581, hadis nombor 2986. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري –رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((مثل المؤمن ومثل الإيمان كمثل الفرس في ‌آخيته، يجول ثم يرجع إلى ‌آخيته، يجول ثم يرجع إلى ‌آخيته، وإن المؤمن يسهو ثم يرجع، فأطعموا طعامكم الأتقياء، وأولوا معروفكم المؤمنين)). [ابن المبارك، حم، حل، الأصبهاني، البغوي، البيهقي في ((الشعب))، حب، ع، أبو الشيخ في ((الأمثل))، القضاعي، ((الضعيفة)) (6637)].

(Lemah) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan antara orang beriman dan iman adalah seperti kuda dengan tali pengikatnya, ia berjalan-jalan kemudian ia akan kembali ke tali pengikatnya, ia berjalan-jalan kemudian ia akan kembali ke tali pengikatnya. Sesungguhnya orang beriman seringkali lalai kemudian dia kembali. Justeru berilah makan kepada orang bertaqwa serta dahulukanlah kebaikan kamu kepada orang-orang beriman. [Riwayat Ibn al-Mubarak dalam kitab az-Zuhd, Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, Riwayat Abu Nu'aim dalam al-Hilyah al-Awliya’, Riwayat al-Asbahani dalam at-Targhib wa al-Tarhib, Riwayat al-Bughawi dalam Sharhu al-Sunnah, Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, Riwayat Ibn Hibban dalam Sahih, Riwayat Abu Ya'la dalam Musnadnya, Riwayat Abu al-Sheikh dalam al-Amthal, dan Riwayat al-Qudha'i dalam Musnad al-Shihab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6637].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.