Perumpamaan ahli baitku seperti bahtera Nabi Nuh

TEKS BAHASA ARAB

مثل أهل بيتي؛ مثل سفينة نوح؛ من ركبها نجا، ومن تخلف عنها غرق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perumpamaan ahli baitku seperti bahtera Nabi Nuh, sesiapa yang menaikinya, dia selamat, dan sesiapa yang tidak menaikinya, dia akan tenggelam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 489, hadis nombor 2627. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف): ((مثل أهل بيتي؛ مثل سفينة نوح؛ من ركبها نجا، ومن تخلف عنها غرق)). روي من حديث عبد الله بن عباس، وعبد الله بن الزبير، وأبي ذر، وأبي سعيد الخدري، وأنس بن مالك –رضي الله عنهم-. [البزار، طب، حل، الفسوي، طص، خط، ((الضعيفة)) (4503)]

(Lemah)
Perumpamaan ahli baitku seperti bahtera Nabi Nuh, sesiapa yang menaikinya, dia selamat, dan sesiapa yang tidak menaikinya, dia akan tenggelam.
(Hadis ni diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Zubair, Abu Zar, Abu Sa’id Al-Khudri dan Anas bin Malik -moga Allah meredai mereka-).
[Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu’jam Al-Kabir, Abu Nu’aim dalam Hilyah, Al-Fasawi, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir, Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4503]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs