Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Perumpamaan ahli baitku seperti bahtera Nabi Nuh

Teks Bahasa Arab

مَثَلُ أهلِ بيتي؛ مَثَلُ سفينةِ نوحٍ ؛ من رَكِبَها نجا، ومن تَخَلَّفَ عنها غَرِقَ.

Teks Bahasa Melayu

Perumpamaan ahli baitku seperti bahtera Nabi Nuh, sesiapa yang menaikinya, dia terlindung, dan sesiapa yang tidak menaikinya, dia akan hancur.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA
  2. Abdullah bin Zubair RA
  3. Abu Sa'id al-Khudri RA
  4. Abu Zar RA
  5. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 489, hadis no. 2627.

(ضعيف): ((مثل أهل بيتي؛ مثل سفينة نوح؛ من ركبها نجا، ومن تخلف عنها غرق)). روي من حديث عبدالله بن عباس، وعبد الله بن الزبير، وأبي ذر، وأبي سعيد الخدري، وأنس بن مالك –رضي الله عنهم-. [البزار، طب، حل، الفسوي، طص، خط، ((الضعيفة)) (4503)]

(Lemah) Perumpamaan ahli baitku seperti bahtera Nabi Nuh, sesiapa yang menaikinya, dia terlindung, dan sesiapa yang tidak menaikinya, dia akan hancur. (Hadis ni diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Zubair, Abu Zar, Abu Sa'id Al-Khudri dan Anas bin Malik -moga Allah meredai mereka-). [Riwayat Al-Bazzar, Al-Tabarani dalam Mu'jam Al-Kabir, Abu Nu’aim dalam Hilyah, Al-Faswi, Al-Tabarani dalam Al-Mu’jam al-Saghir, Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4503]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.