Perumpamaan ahli baitku adalah seperti bahtera Nuh

TEKS BAHASA ARAB

مثل أهل بيتي؛ مثل سفينة نوح؛ من ركبها نجا، ومن تخلف عنها غرق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perumpamaan ahli baitku adalah seperti bahtera Nuh, sesiapa yang menaikinya maka dia selamat dan sesiapa yang meninggalkannya maka dia tenggelam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1278, hadis nombor 6546. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
مثل أهل بيتي؛ مثل سفينة نوح؛ من ركبها نجا، ومن تخلف عنها غرق. روي من حديث عبد الله بن عباس، وعبد الله بن الزبير، وأبي ذر، وأبي سعيد الخدري، وأنس بن مالك.
[البزار، طب، حل، الفسوي، طص، خط، ((الضعيفة)) (4503)]

(Lemah)
Perumpamaan ahli baitku adalah seperti bahtera Nuh; Sesiapa yang menaikinya maka dia selamat dan sesiapa yang meninggalkannya maka dia tenggelam. Diriwayatkan melalui hadith ‘Abdillah bin ‘Abbas, ‘Abdillah bin al-Zubair, Abi Zar, Abi Sa’id al-Khudri, dan Anas bin Malik RA.
[Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya’, al-Fasawi, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4503]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs