Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَثَلُ أهلِ بيتي؛ مَثَلُ سفينةِ نوحٍ؛ من رَكِبَها نجا، ومن تَخَلَّفَ عنها غَرِقَ.
Teks Bahasa Melayu
Perumpamaan ahli baitku adalah seperti bahtera Nuh, sesiapa yang menaikinya maka dia selamat dan sesiapa yang meninggalkannya maka dia tenggelam.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
- Abu Sa'id al-Khudri RA
- Abu Zar RA
- Anas bin Malik RA
- Ibn al-Zubair
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1278, hadis no. 6546. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) مثل أهل بيتي؛ مثل سفينة نوح؛ من ركبها نجا، ومن تخلف عنها غرق. روي من حديث عبد الله بن عباس، وعبد الله بن الزبير، وأبي ذر، وأبي سعيد الخدري، وأنس بن مالك. [البزار، طب، حل، الفسوي، طص، خط، ((الضعيفة)) (4503)]
(Lemah) Perumpamaan ahli baitku adalah seperti bahtera Nuh; Sesiapa yang menaikinya maka dia selamat dan sesiapa yang meninggalkannya maka dia tenggelam. Diriwayatkan melalui hadith 'Abdillah bin 'Abbas, 'Abdillah bin al-Zubair, Abi Zar, Abi Sa'id al-Khudri, dan Anas bin Malik RA. [Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', al-Fasawi, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Saghir dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4503]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman