Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نُصْرَةُ اللَّهِ لِلْعَبْدِ خَيْرٌ مِنْ نُصْرَتِهِ لِنَفْسِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Pertolongan Allah kepada seseorang hamba adalah lebih baik berbanding pertolongan hamba kepada dirinya sendiri.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 99, hadis no. 485. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
عن وهيب بن الورد قال: بلغني أنه مكتوب في التوراة ابن آدم إذا ظلمت فاصبر وارض بنصرتي فإن نصرتي لك خير من نصرتك لنفسك.
Daripada Wuhaib bin al-Warad, katanya: Telah sampai kepadaku bahawa telah tertulis dalam Taurat: "Anak Adam! Apabila dizalimi, maka bersabarlah dan redalah terhadap pertolonganKu kerana pertolonganKu kepadamu adalah lebih baik berbanding pertolonganmu kepada dirimu sendiri".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman