Tidak Sabit

30/06/2024

minit bacaan



Pertemuan Khidir dan Ilyas AS setiap tahun pada setiap musim (haji) di Mina

Teks Bahasa Arab

اجْتِمَاعُ الْخَضِرِ وَإِلْيَاسَ عَلَيْهِمَا السَّلامُ فِي كُلِّ عَامٍ فِي الْمَوْسِمِ بِمِنًى.

Teks Bahasa Melayu

Pertemuan Khidir dan Ilyas AS setiap tahun pada setiap musim (haji) di Mina.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Tidak Sabit

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 46, hadis no. 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال العسقلاني: لا يثبت فيه شيء.

Al-‘Asqalani berkata: Tidak thabit padanya walau satu hadis.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.